CLASS MECHANIC OF MOTION [ TRUST YOURSELF N TRUST YOUR FRIENDS ]

   


                                                 CLASS MECHANIC OF MOTION
                                                                      WEEK 2


              Pada hari khamis yang lalu, dalam kelas Mechanic Of Motion. Encik Ezwan telah
       mengarahkan semua untuk main satu permainan yang dinama percaya kawan kamu. Pada hari
       tersebut kami diberitahu ada 3 fasa yang perlu kami jalani.
               
         Fasa yang pertama, kami semua diberitahu untuk mencari pasangan, dan lepas setiap orang  mempunyai pasangan. Kami semua disuruh untuk bersembang atau bercerita dengan pasangan  masing masing. Encik Ezwan beritahu semua untuk bercerita selama 5 minit saja dan berpesan  untuk  ingat cerita pasangan sendiri. Apabila cukup masa 5 minit, Encik Ezwan menyuruh semua  untuk bercerita apa yang kami ingat dari cerita pasangan sendiri, setiap seorang perlu bercerita kepada semua rakan rakan yang ada di dalam kelas termasuk Encik Ezwan sekali. Selepas semua  selesai bercerita Encik Ezwan beritahu semua bahawa ini adalah untuk meningkatkan tahap  bagaimana untuk memikirkan sebuah cerita atau character serta permainan ini adalah untuk mencari  idea atau ilham dari rakan rakan punya cerita.

             Seterusnya, Fasa kedua adalah perkara sama yang semua perlu buat seperti fasa pertama tadi   tapi kali ini bila bercerita, Encik Ezwan menyuruh semua bercerita kepada semua seperti buat cerita   itu macam berlebihan atau menambah tokok, buatkan cerita itu lebih menarik. Seperti biasa setiap   seorang perlu lalui dan ianya amat menyeronokkan.

             Akhirnya, dalam fasa ketiga ianya lain dari yang lain. setiap pasangan ada dua orang dan antara seorang itu perlu menutup matanya dengan kain sehingga tidak nampak, dan seorang lagi perlu beritahu pasangannya jalan yang betul atau jalan yang selamat. Rakan yang tutup mata tersebut perlu bercerita pada pasangannya sambil pasangannya menunjuk jalan padanya, dan rakan yang lain lain perlu membuat jalan berhalangan kepada pasangan yang telah terpilih tadi. Pasangan tersebut perlu lalui halangan itu sambil yang menutup mata itu bercerita tak endahkan halangan itu. Selepas tamat Encik Ezwan berkata fasa ketiga ini adalah untuk kamu semua mempercayai pasangan kamu. jadi kesimpulannya pada hari tersebut saya telah pelajari untuk mempercayai kawan saya dan bagaimana hendak mencari suatu idea atau cerita untuk mengambarkan suatu karakter.
         


Comments

Popular Posts