CLASS MECHANIC OF MOTION [WEEK3]


CLASS MECHANIC OF MOTION


Dalam kelas Encik Ezwan yang lepas. Macam biasa kami ditugaskan dengan permainan yang baru, yang diberi nama jika kamu adalah haiwan, haiwan apakah yang kamu ingin jadi? dalam kelas tersebut saya agak lewat sedikit, tapi saya tetap hadir. Alhamdulillah kelas baru nak bermula waktu itu, jadi saya sempat datang dengan muka mengantuknya sebab tak nak tinggal satu pun kelas ni haha.
Pada hari tersebut saya adalah orang pertama yang perlu memulakan permainan itu sebabkan lambat datang ke kelas hahaha. Bila Encik Ezwan bertanya haiwan apa saya nak jadi? dan lepastu saya disuruh untuk bercerita kepada semua kalau saya jadi haiwan itu apa yang saya akan buat. Diberi 5 minit untuk berfikir dan selepas 5 minit nama saya dipanggil, dan disuruh untuk memulakan permainan tersebut. Dengan pantas saya menjawab saya ingin menjadi Burung Helang. Lantas selepas itu saya bercerita kepada semua seolah olah saya ini adalah burung helang sebenar.




             Saya berkata kepada semua saya ini adalah burung helang. Saya suka makan daging dan suka mencari mangsa  yang bersendirian jika kelaparan dan lain lain. selepas tamat bercerita saya kena pilih rakan seterusnya untuk meneruskan permainan tersebut.     



 Selepas tamat game yang pertama tadi. Seterusnya game ini perlukan pasangan untuk bermain. game ini adalah lakonan yang dinamakan Talk To Stranger. Kita kena buat lakonan bagaimana nak cakap dengan orang yang kita tidak kenal. Idea setiap kumpulan masing masing untuk menunjukkan lakonan mereka bagaimana bercakap dengan orang yang tidak kenal.

                                     


    Di atas ini adalah video saya dan pasangan saya.Saya dan pasangan saya membuat lakonan tentang seseorang gadis yang terlupa kad matriknya yang menjadi pengikat rambut ketika berlari mencari tempat berteduh ketika hujan. Dan pasangan saya pula mencuba memberitahu saya yang dikepala saya ada kad matrik tapi cara dia ingin memberitahu tidak kena seakan akan ingin mengorat saya. akhirnya saya salah sangka bahawa ingat dia mahu mengorat saya yang berlakon sebagai seorang gadis tee hee.





Terakhir, semua ditugaskan untuk membuat dua kumpulan untuk membuat lakonan yang dinamakan Create Environment And Atmosphere. Game ini memerlukan kerjasama kumpulan. Encik Ezwan menyuruh lakonan tidak guna satu patah perkataan cuma bunyi bunyian sahaja.


             
     Ini adalah video kumpulan saya, kami membuat idea tentang sekumpulan budak sedang camping dan telah diserang oleh haiwan haiwan liar di dalam hutan.




Comments

Popular Posts